Ingin cari pakej katering kahwin murah area Shah Alam dan Kuala Lumpur? Jangan risau kerana kami dari Amimy Kitchen & Catering bersedia bantu lancarkan hari bahagia anda. Harga katering kahwin kami sangat berpatutan dan boleh dibawa bincang.

Hari ini kami nak story dengan anda tips pemilihan katering kahwin murah. Yelah siapa yang tak suka murahkan, namun selain murah ia juga mempunyai kualiti dan feedback terbaik dari para pelanggan.

Tips Pemilihan Katering Kahwin Murah Dan Sedap

pakej katering kahwin

1. Survey Syarikat Caterer Sekitar Lokasi Majlis

Penting untuk pilih syarikat katering yang berdekatan dengan lokasi majlis. Kalau jauh alasan traffic jam sering kedengaran. Ini akan sebabkan makanan lewat sampai dan jika kehabisan sesuatu bahan, mereka masih boleh usahakan sesuatu.

Cari sebanyak mana yang ada. Anda boleh gunakan Google untuk cari senarai syarikat katering. Sebagai contoh anda tinggal di Shah Alam, seksyen 5. Jadi anda boleh cari di google “katering kahwin murah shah alam”.

Nanti Google akan tunjukkan senarai bisnes katering yang berdaftar dengan mereka dan terletak berhampiran dengan lokasi carian anda. Kalau anda nak spesifik lagi, masukkan juga seksyen 5 dalam carian anda.

Anda akan menjumpai banyak bisnes katering disekitar anda. Seterusnya adalah dapatkan detail syarikat ini. Copy detail seperti nama syarikat, alamat dan no telefon ke notepad komputer anda. Dapatkan sampai 10 pun tak mengapa.

 

2. Hubungi Mereka

Hubungi mereka untuk bertanyakan sama ada mereka boleh sediakan katering pada tarikh majlis anda. Survey harga dan pakej yang mereka ada. Dan bandingkan dengan bajet anda.

Sebagai contoh anda bercadang nak buat kenduri kahwin bajet 500 orang. Jadi anda kena tahu serba sedikit harga jika 500 orang. Ia tidak semudah aku nak bajet RM7 untuk 500 orang. Tetapi semuanya berbalik kepada syarikat katering dan pakej mereka.

Jadi dengan mengetahui harga semasa barulah anda boleh letakkan bajet anda. Seperti dipihak kami Amimy Kitchen, memang ada pakej kenduri kahwin yang RM7 sekepala, tetapi perlulah lebih ramai jumlah jemputan untuk dapat harga tersebut.

Untuk kekalkan kualiti makanan yang sedap dan presentation yang segar harga untuk 500 jemputan anda kena set antara RM13 ke RM17 ringgit sekepala, ini adalah harga pasaran sebenar.

Kemudian tanyakan juga tentang food tasting iaitu sesi merasa masakan mereka. Jika harga mereka murah dan tiada ditawarkan food tasting anda perlu elakkan. Mereka mungkin menjalankan service ini secara part time, mereka mungkin juga orang tengah. Jadi memang biasa berlaku mereka tidak ada sediakan sesi merasa makanan.

 

3. Shortlist

pakej katering kahwin shortlist

Setelah anda berpuas hati dengan survey katering kahwin murah yang ikut bajet anda, seterusnya pendekkan senarai tersebut. Ia perlulah berdekatan, ada sediakan food tasting dan juga berpatutan. Shortlistkan 3 yang menjadi pilihan dan paling penting berdekatan.

Setelah anda shortlist anda perlu datang ke premis mereka. Memang jika office biasa tidak menggambarkan bagaimana rasa masakan. Mungkin tempat memasak dibuat ditempat lain.

Tetapi tujuan datang ketempat ini supaya kelak jika berlaku apa-apa masalah, anda tahu dimana nak cari. Berbanding anda hanya survey didalam internet dan buat pengesahan secara online, itu berbahaya.

 

4. Food Tasting

katering kahwin food tasting

Food Tasting adalah sesi merasa makanan. Ada syarikat katering tidak mengadakan food tasting  setiap hari. Ada hari tertentu sahaja. Dapatkan tarikh dan datang bersama keluarga anda.

Jangan pula bawa satu kapal untuk sesi merasa makanan, cukup 2-3 orang sahaja kerana suka atau tidak, sesi merasa makanan itu juga adalah modal peniaga. Ada sesetengah syarikat mungkin mengenakan harga tertentu bagi sesi merasa makanan.

 

5. Berbincang Dengan Ahli Keluarga

Lepas food tasting, jangan secara terus place order walaupun pada pandangan anda, tempat pertama anda pergi sudahpun menepati ciri yang anda ingini. Anda tidak akan tahu kelebihan lain dari tempat kedua dan ketiga. Lagipun ini adalah 3 terbaik yang anda shortlistkan.

Setelah merasa semua, yang terakhir untuk buat keputusan. Bincang dengan ahli keluarga supaya bajet perkahwinan dapat diurus sebaiknya. Kadang-kala ada menu yang anda tidak perlu katering dan boleh sediakan sendiri.

pakej katering kahwin menus

Contohnya lauk pengantin dan hidangan sampingan seperti mee rebus, laksa dan segala macam bubur boleh dibuat sendiri. Ini penting supaya walaupun anda ambil pakej katering kahwin murah tetapi orang nampak macam ambil pakej mahal.

 

6. Bayaran Deposit

Untuk memulakan tempahan, kebiasaannya anda perlu membayar separuh dahulu dari harga pakej katering kahwin anda. Baki kebiasaan dibayar semasa makanan dihantar hari kenduri nanti.

Tetapi jika anda tidak mahu kelam-kabut disaat akhir, elok jika anda selesaikan bayaran penuh lebih awal. Sebabnya bukan pengantin sahaja sibuk pada hari kenduri tetapi seluruh ahli keluarga juga.

 

Rancang Majlis Perkahwinan Anda Sebaiknya

Ini sebenarnya baru perancangan untuk makanan, belum lagi khemah, pelamin dan pelbagai lagi situasi tidak terjangka yang bakal berlaku. Jadi banyak persiapan yang rapi supaya hari bahagia anda dikenang hingga ke akhir hayat.

bride

Anda pasti tidak mahu kisah kahwin anda menjadi viral kerana hal makanan yang tidak sampai atau tidak seperti yang anda order. Jadi dengan mengikuti guide yang kami beri ini, insyaallah anda boleh terlepas dari melakukan kesilapan ini.

Ini kerana jika diselidiki perkara sebenar, kebanyakkan bakal pengantin yang kena scam katering ini tidak mempraktikkan langkah – langkah diatas. Mereka lebih mudah terpedaya bila mana syarikat katering tersebut dari nama orang terkenal seperti artis dan selebriti instagram.

Tanpa fikir tentang lokasi majlis dan lokasi penyedia katering menyebabkan makanan selalu lambat sampai dan service yang tidak memuaskan. Ini kerana golongan artis dan selebriti sering menjadi sasaran “scammer katering” untuk mendapatkan mangsa baru.

Jika anda sedang survey pakej katering kahwin murah area Shah Alam, anda boleh berkunjung ke Amimy Kitchen & Catering. Kami ada menyediakan pakej katering makan bermasak untuk pelbagai majlis serendah 30 orang (kenduri kecil) hingga untuk 2000 jemputan.

Semak : Servis Katering Shah Alam Yang Murah Lagi Berkualiti
Jom Teruskan : Tempah Pakej Katering Amimy Kitchen & Catering

Itu adalah sedikit sebanyak tips yang kami dapat kongsikan untuk anda yang sedang mencari pakej katering kahwin yang murah. Kami harap anda mendapat sesuatu manfaat dari perkongsian ini.