katering hari raya rumah terbuka rendang ketupat

Amimy Kitchen menyediakan katering hari raya serendah 100pax di seluruh selangor dan kuala lumpur

Ahlan wasahlan yg Ramadhan. Ya. Hari ni merupakan hari pertama umat islam berpuasa bagi tahu 2021 atau 1 Ramadhan 1442. Bersempena bulan yang mulia ini kami ingin memaklumkan yang kami membuka tempahan untuk katering berbuka puasa dan katering hari raya untuk seluruh Selangor dan Kuala Lumpur terutamanya di Shah Alam dan Subang.

Dengan pergerakan dihadkan sekadar dalam negeri masing-masing, diharapkan hari raya kali ini dapat merapatkan hubungan kita dengan kenalan atau saudara berdekatan kita.

Sambutan hari raya yang bakal tiba ini pastinya ditunggu-tungu oleh semua, terutamanya masyarakat Melayu dan orang Islam. Walaupun sambutan hari raya kali ini berlainan, namun tradisi jamuan untuk berbuka puasa dan hari raya terutamanya rumah terbuka tetap akan diteruskan.

Untuk tempahan katering hari raya, anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan pakej-pakej yang menarik dan eksklusif untuk tetamu jemputan anda. Kami pastikan jamuan hari raya anda dihidangkan dengan menu yang hebat dan servis yang terbaik.

Di Malaysia, setiap negeri mempunyai juadah hari raya yang unik dan tersendiri. Berikut adalah antara juadah tradisi popular kami tawarkan.

Lemang – Tidak sah jika sambutan hari raya ini jika tiada hidangan lemang. Lemang diperbuat menggunakan beras pulut serta santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh. Lemang memang sudah terkenal sejak zaman berzaman lagi dan menjadi juadah wajib hari raya bagi setiap keluarga terutamanya di kampung seperti di Perak.

Ketupat – Ada beberapa jenis ketupat seperti ketupat nasi dan juga ketupat daun palas. Kami menyediakan menu ketupat nasi/nasi impit dan ketupat daun palas yang merupakan menu wajib di hari raya.

Rendang – Rendang daging/ayam menjadi pelengkap hidangan lemang dan ketupat. Rendang pedas dan rendang tok sememangnya enak dimakan bersama lemang dan ketupat.

Kuah kacang – Walaupun kuah kacang ini boleh didapati setiap hari, namun ianya lebih enak dinikmati pada hari raya bersama ketupat dan nasi himpit.

Selain itu mengikut kelaziman dan tradisi hari raya di negeri dan tempat masing-masing, kami juga turut menyediakan juadah seperti laksa johor, mi kari, bihun sup dan lain-lain untuk dijamu kepada tetamu di hari raya. Tidak ketinggalan juga kuih-muih  sebagai pemanis majlis untuk menambahkan lagi kepelbagaian menu dalam majlis anda.

Pastikan raya tahun ini menjadi hari raya yang paling meriah dengan jamuan hari raya sama ada rumah terbuka, jamuan raya di pejabat, bersama kawan, atau saudara mara. Raya tahun ini dapat diteruskan tradisi menghidangkan juadah hari raya ini walaupun sambutan hari raya dan ziarah dihadkan. Keunikan tersendiri makanan tradisi ini meyerlahkan lagi kekayaan budaya masyarakat Malaysia. Keunikan tradisi ini haruslah diwariskan kepada generasi seterusnya agar ia kekal terpelihara. Tempah pakej katering hari raya anda sekarang.

Follow kami:
Instagram: https://www.instagram.com/amimy.kitchen.catering
Facebook: https://www.facebook.com/amimykitchencatering

Hilangkan keraguan anda. Baca ini:

Servis Katering Shah Alam Yang Terbaik Dan Berbaloi

katering-shah-alam-murah

Baca Selanjutnya: Katering Shah Alam untuk anda

Hubungi Kami:
Whatsapp: 011-63301068
Email: amimy06@gmail.com