5 Perkara Yang Perlu Ada Untuk Mengadakan Birthday Party

Sebut sahaja soal sambuatan hari lahir, insan yang paling gembira adalah kanak-kanak. Yalah mana tidaknya masa inilah untuk mereka menjemput kesemua rakan-rakan mereka untuk meraikan majlis tersebut.

Namun ada segelintir ibu bapa yang buntu untuk menyediakan keperluan bagi sambutan birthday party. Biasanya perkara ini terjadi kepada ibu bapa yang pertama kali mahu mengadakan sambutan hari lahir anak mereka.

Jadi kali ini kami sedia 5 keperluan yang seharusnya ada ketika birthday party berlangsung.

1. Tema

Tema memainkan peranan penting dalam sesuatu majlis kerana ianya akan menyerikan lagi sambutan hari lahir yang bakal diadakan.

Biasanya tema yang dihasilkan mengikut minat anak anda terhadap sesuatu perkara. Ini akan memberikan anak ada kegembiraan yang berpanjangan semasa majlis berlangsung.

Nak lagi meriah, anda sekeluarga serta tetamu mengaya kostum mengikut tema yang telah ditentukan. Barulah nanti dalam gambar nampak kemas dan terpancar tema yang dipilih.

2. Jemputan

Sebut sahaja bab jemputan, ini perkara penting yang perlu diambil kira oleh ibu bapa sebelum mengadakan sambutan hari lahir anak anda.

Jemputan haruslah didahulukan dengan rakan-rakan anak anda kerana majlis tersebut akan lebih meriah apabila dikelilingi oleh sahabat handal disamping dihadiri oleh keluarga terdekat.

Pastikan jemputan yang dialu-alukan itu tidak melebihi bajet yang ditetapkan.

3. Lokasi

Lokasi birthday party juga memainkan dalam sesuatu majlis dan kebiasaannya mengikut tema yang ditetapkan.

Namun jika tetamu anda dipenuhi oleh kanak-kanak, elakkan untuk mengadakan birthday party di tepi laut ataupun kolam untuk menggelakkan perkara yang tak diingini berlaku.

Selain mengadakan majlis di rumah, lokasi seperti KFC mahupun McDonald’s yang menyediakan khidmat birthday party juga memudahkan anda untuk mengadakan majlis kerana ianya telah pun tersedia.

4. Goodies Bag

Sekiranya bajet anda mencukupi tidak salah untuk anda memberi goodies bag kepada tetamu yang datang tanda terima kasih kerana memeriahkan majlis anda dan sebagai tanda pertukaran hadiah yang diberi kepada anak anda.

Pemberian goodies bag ini juga akan membuatkan kanak-kanak yang datang bersama gembira dan pastinya selepas ini mereka tidak akan melepaskan peluang untuk hadir ke majlis anda lagi.

5. Minuman

Telah menjadi kebiasaan dalam bithday party untuk mempunyai kek yang menjadi kesukaan anak anda.

Namun ada sesetengah ibu bapa menjadikan kek dan makan ringan lain sebagai menu utama sehingga terlupa minuman yang perlu disediakan.

Biasanya tuan rumah akan menghidangkan minuman yang sering kita lihat di majlis-majlis lain.

Apa kata kali ini, anda cipta kelainan ketika menyambut birthday party dengan menghidangkan minuman yang kaya dengan jus sebenar seperti Iced Lemon tea atau sirap punch.

Bila anda hidang sahaja minuman ini terutamanya iced lemon tea, pastinya ramai tetamu anda yang tidak akan berganjak selagi majlis belum tamat.

 

 

Tempah perkhidmatan catering Kuala Lumpur anda sekarang