Perlukan khidmat katering shah alam dan sekitarnya? Kami di Amimy Kitchen & Catering adalah penyedia servis katering area Shah Alam, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Telah berpengalaman luas dalam bisnes katering dan telah menyediakan kepada banyak syarikat ternama, badan kerajaan dan orang perseorangan.

Menyediakan sendiri hidangan untuk majlis dan jamuan kecil nampaknya jadi semakin mencabar. Pelbagai persiapan yang perlu difikirkan sehingga tak menang tangan. Dari persiapan lokasi, perhiasan, makanan, sehinggalah persiapan peribadi penganjur. Tak perlu susah hati, kami sedia membantu.

Jika dulu kalau nak buat majlis makan – makan, andalah yang paling sibuk ke pasar untuk beli pelbagai bahan. Lebih banyak jenis hidangan ingin disediakan untuk tetamu, lebih rumit proses penyediaannya. Dari membeli barangan untuk memasak, penyediaan bahan, proses memasak sehinggalah ke proses menghidang dan peralatan hidangan. Ini semua anda tidak perlu risaukan jika anda mengambil tempahan katering dengan kami. Kami akan memudahkan urusan anda dari segi masakan yang sedap, menyiapkan hidangan sehingga mengemas lokasi majlis. Kami juga menyediakan pakej termasuk dewan perkahwinan yang lengkap dengan pelamin dan hiasan dewan.

 

katering shah alam

 

Amimy Kitchen Khidmat Katering Shah Alam

Jadi masa inilah anda memerlukan khidmat katering shah alam kami. Untuk info kami boleh menyediakan masakan untuk majlis untuk 50 orang makan hingga mencecah 2000 jemputan. Cuma pada zaman covid ni, orang tak buat majlis besar – besaran.

Jadi majlis kecil yang paling banyak permintaan. Kalau dulu orang nak kahwin 500 keatas adalah jumlah minima jemputan. Akan tetapi kini tak perlu bajet besar. Musim PKP adalah musim kahwin yang paling menjimatkan.

Untuk bakal pengantin boleh simpan wang hantaran untuk kehidupan semasa berkahwin berbanding kebiasaannya duit hantaran habis buat belanja persiapan kahwin.

 

Buat Kenduri Masa PKP Selamat Ke?

Jika memang bukan duduk dalam redzone memang selamat je. Cumanya ini bagi yang tidak mampu ditolak jodohnya, atau tarikh yang sentiasa berulang setiap tahun dan dibuat sambutan. Contoh seperti majlis hari jadi, kenduri tahlil dan hari keluarga memang ini sahaja alasan untuk sesekali berkunjung kerumah sanak – saudara.

Mungkin sedikit pentingkan diri bunyinya, namun dalam new normal memang terlalu bosan dan menyekat banyak aktiviti. Dengan dapat berhimpun bersama keluarga dan buat makan – makan, merupakan peluang mengerat silaturahim dan ubati kerinduan.

 

katering shah alam new normal

 

Dalam new normal ini, bukanlah bermaksud anda dilarang menghadiri majlis. Akan tetapi dengan melakukan amalam new normal seperti penggunaan face mask, penjarakan sosial dan tidak berlama – lama.

Kehidupan mesti diteruskan. Kehidupan new normal dijadikan guide supaya aktiviti harian dapat dilalui seperti biasa. Ia bukan terpakai pada masa ini sahaja, tetapi untuk masa akan datang juga.

 

Kelebihan Khidmat Katering Kami

Dalam keadaan new normal, kami di Amimy Kitchen & Catering juga mengamalkan kaedah sama. Tambah lagi tugas kami adalah untuk mengurus hal makanan, itu dilakukan dengan jumlah pekerja yang mencukupi untuk mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan. Kami faham risiko dalam pengendalian makanan dalam musim covid ini.

Dari Segi Menu, Semua Ada Ke?

Service Catering Shah Alam kami ada menyediakan untuk pelbagai majlis seperti

  • Majlis Aqiqah
  • Majlis Hari Jadi
  • Majlis Bertunang
  • Majlis Kahwin
  • Majlis Tahlil Arwah
  • Jamuan Kecil
  • Jamuan Hari Raya / CNY / Depaavali
  • Jamuan Hari Keluarga
  • Jamuan Mesyuarat Office
  • Jamuan Aktiviti Riadah Group / Persatuan

 

Pendek kata kami boleh mengendalikan semua jenis majlis makan – makan untuk aktiviti yang anda lakukan, sama ada majlis korporat atau majlis keraian. Dan kami mempunyai pilihan menu yang sangat banyak antaranya:

  • Lauk Pengantin yang terdiri dari udang panjat, ayam golek, daging panggang dan buah – buahan.
  • Masakan Harian seperti Daging masak lemak cili padi, rendang ayam/daging, asam pedas, masak berlado dan lain – lain.
  • Pelbagai mee, pasta dan laksa juga kami sediakan.
  • Kuih muih tradisional melayu, pencuci mulut dan pelbagai manisan bubur menambah seri kepada majlis anda.

 

katering kahwin shah alam subang pj kl

 

Kalau tiada dalam menu, anda boleh maklumkan, kami boleh adakan menu yang anda minta.

 

Pemilihan Harga Yang Berpatutan

Walaupun pada musim covid19 ini, banyak barangan mulai naik harga disamping kos penghantaran yang tak kurang, kami masih kekalkan harga lama. Jadi harga yang kami jual masih lagi berpatutan.

Ini kerana kami membeli dalam jumlah yang banyak, kami mendapat harga yang lebih murah. Jadi kami tidak menggunakan alasan covid19 sebagai alasan untuk naikkan harga. Kerana itu harga kami adalah sangat berpatutan.

Kami tidak dapat nak katakan harga satu persatu, namun kami mempunyai pakej bagi acara anda supaya anda mudah nak tetapkan bajet. Contohnya kami mempunyai pakej katering kahwin, katering aqiqah malah katering bajet pun ada.

Yelah tidak semua orang berkemampuan untuk adakan bajet standard. Asalkan masih dapat hidangkan nasi minyak itu dah cukup baik.

Jom Lawati : Amimy Kitchen & Catering Shah Alam

Baca Juga : Pakej Katering Kahwin Murah Untuk 100, 300, 500,1000 Pax

Kami juga menyediakan: Pakej dewan perkahwinan

Ikuti kami di
Instagram: Amimy Kitchen
Facebook: Amimy Kitchen

Lokasi Di Mana?

Lokasi katering shah alam Amimy Kitchen & Catering adalah di Seksyen U12 Shah Alam. Sila gunakan waze atau google map untuk peta lokasi. Anda juga boleh menghubungi kami di 011-63301068 untuk bertanyakan pakej untuk jamuan dan majlis anda.