Perlukan khidmat katering shah alam dan sekitarnya? Kami di Amimy Kitchen & Catering adalah penyedia servis katering area Shah Alam, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Telah 4 tahun berkecimpung dalam bisnes katering dan telah service kepada banyak syarikat ternama dan badan kerajaan.

Menyediakan sendiri hidangan untuk majlis dan jamuan kecil nampaknya jadi semakin berisiko. Tahukah anda 89% mereka yang terkena virus covid19 adalah mereka yang pernah berkunjung ke pasaraya.

Jika dulu kalau nak buat majlis makan – makan, andalah yang sibuk ke pasar untuk beli pelbagai bahan. Pelbagai hidangan ingin disediakan untuk tetamu. Yelah kalau beli sendiri boleh berjimat cermat.

 

pergi pasar

 

Namun dalam musim covid19 ia adalah tindakan yang berisiko untuk anda keluar ke pasar atau pasaraya. Bukan untuk menakutkan, tapi sebagai langkah berjaga – jaga. Diharap dalam keghairahan kita nak buat majlis kecil makan dalam family tidak sehingga membahayakan orang lain.

 

Amimy Kitchen Khidmat Katering Shah Alam

Jadi masa inilah anda memerlukan khidmat katering shah alam kami. Untuk info kami boleh menyediakan masakan untuk majlis untuk 30 orang makan hingga mencecah 2000 kepala. Cuma pada zaman covid ni, orang tak buat majlis besar – besaran.

Jadi majlis kecil yang paling banyak permintaan. Kalau dulu orang nak kahwin 500 keatas adalah jumlah minima jemputan. Akan tetapi kini tak perlu bajet besar. Musim PKP adalah musim kahwin yang paling menjimatkan.

Untuk bakal pengantin boleh simpan wang hantaran untuk kehidupan semasa berkahwin berbanding kebiasaannya duit hantaran habis buat persiapan kahwin.

 

Buat Kenduri Masa PKP Selamat Ke?

Jika memang bukan duduk dalam redzone memang selamat je. Cumanya ini bagi yang tidak mampu ditolak jodohnya, atau tarikh yang sentiasa berulang setiap tahun dan dibuat sambutan. Contoh seperti majlis hari jadi, kenduri tahlil dan hari keluarga memang ini sahaja alasan untuk sesekali berkunjung kerumah sanak – saudara.

Mungkin sedikit pentingkan diri bunyinya, namun dalam new normal memang terlalu bosan dan menyekat banyak aktiviti. Dengan dapat berhimpun bersama keluarga dan buat makan – makan, merupakan peluang mengerat silaturahim dan ubati kerinduan.

 

katering shah alam new normal

 

Dalam new normal ini, bukanlah bermaksud anda dilarang menghadiri majlis. Akan tetapi dengan melakukan amalam new normal seperti penggunaan face mask, penjarakan sosial dan tidak berlama – lama.

Kehidupan mesti diteruskan. Kehidupan new normal dijadikan guide supaya aktiviti harian dapat dilalui seperti biasa. Ia bukan terpakai pada masa ini sahaja, tetapi untuk masa akan datang juga.

 

Kelebihan Khidmat Katering Kami

Dalam keadaan new normal, kami di Amimy Kitchen & Catering juga mengamalkan kaedah sama. Tambah lagi tugas kami adalah untuk mengurus hal makanan, itu dilakukan dengan jumlah pekerja yang dihadkan. Kami faham risiko dalam pengendalian makanan dalam musim covid ini.

Proses membeli barang keperluan juga dilakukan online semuanya. Kami beli stok dalam jumlah yang banyak, tidak praktikal untuk buat pembelian harian. Lagipun bukan semua barangan boleh diperoleh dari satu pembekal.

Jadi untuk singgah satu persatu kedai merupakan risiko tidak terjangka, maka kaedah pesanan onlinelah new normal kami. Kami menerapkan kaedah new normal bermula dengan pembelian barang hingga semasa menyediakan dan semasa penghantaran kepada anda.

 

Dari Segi Menu, Semua Ada Ke?

Service Catering Shah Alam kami ada menyediakan untuk pelbagai majlis seperti

  • Majlis Aqiqah
  • Majlis Hari Jadi
  • Majlis Bertunang
  • Majlis Kahwin
  • Majlis Tahlil Arwah
  • Jamuan Kecil
  • Jamuan Hari Raya / CNY / Depaavali
  • Jamuan Hari Keluarga
  • Jamuan Mesyuarat Office
  • Jamuan Aktiviti Riadah Group / Persatuan

 

Pendek kata kami cover semua acara makan – makan untuk aktiviti yang anda lakukan. Dan kami mempunyai pilihan menu yang sangat banyak antaranya:

  • Lauk Pengantin yang terdiri dari udang goreng, ayam golek, daging panggang dan buah – buahan.
  • Masakan Harian seperti masak lemak cili padi, rendang ayam/daging, asam pedas, siput sedut masak berlado dan lain – lain
  • Pelbagai mee, pasta dan laksa
  • Kuih muih melayu, pencuci mulut dan pelbagai manisan bubur

 

katering shah alam

 

Kalau tiada dalam menu, anda boleh request, kami boleh adakan menu yang anda minta.

 

Pemilihan Harga Yang Berpatutan

Walaupun pada musim covid19 ini, banyak barangan mulai naik harga disamping kos penghantaran yang tak kurang, kami masih kekalkan harga lama. Jadi harga yang kami jual masih lagi berpatutan.

Ini kerana kami membeli dalam jumlah yang banyak, kami mendapat harga yang lebih murah. Jadi kami tidak menggunakan alasan covid19 sebagai alasan untuk naikkan harga. Kerana itu harga kami adalah sangat berpatutan.

Kami tidak dapat nak katakan harga satu persatu, namun kami mempunyai pakej bagi acara anda supaya anda mudah nak tetapkan bajet. Contohnya kami mempunyai pakej katering kahwin, katering aqiqah malah katering bajet pun ada.

Yelah tidak semua orang berkemampuan untuk adakan bajet standard. Asalkan masih dapat hidangkan nasi minyak itu dah cukup baik.

Jom Lawati : Amimy Kitchen & Catering Shah Alam
Baca Juga : Pakej Katering Kahwin Murah Untuk 100, 300, 500,1000 Pax

Lokasi Di Mana?

Lokasi kami Amimy Kitchen & Catering adalah di Seksyen U12 Shah Alam. Sila gunakan waze atau google map untuk peta lokasi. Anda juga boleh menghubungi kami di 011-63301068 untuk bertanyakan pakej untuk jamuan dan majlis anda.