Checklist Persiapan Majlis Perkahwinan Anda
Majlis tinggal 6-7 bulan atau 3-4 bulan lagi, tapi satu persediaan pun tak buat. Rasa macam awal sangat, tak tahu nak mula dari yang mana kan.
Lebih-lebih lagi majlis perkahwinan anda adalah majlis pertama di dalam keluarga anda. Tiada sorang pun yang berpengalaman dalam menguruskan majlis perkahwinan.
Jangan risau, di sini kami berikan senarai semak apa yang perlu anda lakukan.
1) DAFTAR KURSUS KAHWIN
Bila sudah ada niat hendak berkahwin, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mendaftarkan diri untuk Kursus Kahwin yang dianjurkan oleh pihak majlis agama atau pihak swasta.
Kursus kahwin ini anda boleh pergi awal lagi sama ada pergi sendiri atau dengan pasangan anda.
2) TETAPKAN TARIKH NIKAH DAN MAJLIS
Kebiasaannya tarikh nikah dan tarikh sanding ditetapkan semasa majlis pertunangan sama ada ikat 1 tahun atau kurang lagi. Ini memerlukan perbincangan dan persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga.
Apabila tarikh ini sudah ditetapkan, maka memudahkan pihak anda untuk membuat tempahan dewan/kanopi lebih awal. Dan segala persiapan untuk hantaran dan lain-lain dapat disiapkan lebih awal.
3) MEDICAL CHECK-UP / HIV TEST
Ini adalah langkah WAJIB yang anda dan pasangan perlu buat. Nak buat Medical Check-up / HIV Test ni kena buat appointment dulu, tak boleh terus terus datang nak buat yea. Ujian ini hanya boleh dilakukan di Klinik Kerajaan sahaja.
Tanpa keputusan Ujian HIV ini, perkahwinan tidak dapat diteruskan kerana keputusan ini wajib disertakan bersama dokumen-dokumen lain.
4) DOKUMEN & BORANG BERKAITAN
Segala borang-borang perlulah disediakan dan disiapkan secepat mungkin bagi melancarkan kerja menguruskan hal yang lain.
Untuk borang bagi kawasan Wilayah Persekutuan boleh semak dilaman web JAWI dan kawasan Selangor dilaman web JAIS.
5) TENTUKAN TEMA MAJLIS
Selepas semua dokumen dan borang telah dihantar dan mendapat kebenaran berkahwin. Baru lah anda boleh fikirkan berkenaan tema majlis dan perkara lain mengenai majlis perkahwinan anda.
Perkara ini perlulah anda bincangkan bersama keluarga untuk mendapat kata sepakat berkenaan pemilihan tema majlis.
Selepas kata sepakat sudah ada, bolehlah jumpa wedding planner atau perunding perkahwinan untuk menguruskan majlis anda. Lebih-lebih lagi jika anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk menguruskan segala benda mengenai perkahwinan anda.
Boleh baca di sini mengenai tugas-tugas perunding perkahwinan atau wedding planner.
6) BARANG HANTARAN
Rancang dengan betul bersama pasangan anda. Beli barangan yang diperlukan sahaja sebagai hantaran. Bagi mengelakkkan pembaziran, barangan hantaran yang digalakkan ialah barang kegunaan harian seperti minyak wangi, set penjagaan diri dan lain-lain.
Setahun ada banyak pesta jualan. Rancang bila masa anda perlu membeli barang hantaran ini. Beli masa ‘SALES’ lagi banyak jimatkan wang anda.
7) DOORGIFT UNTUK TETAMU ANDA
Anda perlu sediakan buah tangan untuk setiap tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan anda. Untuk hal ini, biarlah mak atau keluarga anda yang memilih buah tangan apa yang hendak diberikan kepada tetamu mengikut bajet anda.
8) GUBAH BARANG HANTARAN
Sudah tiba masanya anda mengubah barang hantaran yang telah anda beli. Kalau nak JIMAT, anda buatlah sendiri dengan dibantu oleh ahli keluarga anda.
Jika takde masa atau bakat seni, eloklah hantar saja kepada mereka yang menawarkan servis mengubah hantaran.
9) TEMPAH JURUNIKAH @ TOK KADI
Tempahan perlu dibuat awal supaya nanti tarikh majlis anda tidak ditempah oleh pasangan lain. Sebabnya bukan anda sorang je yang nak kahwin masa itu. Lebih-lebih lagi jika tarikh-tarikh yang ‘HOT’.
10) SENARAIKAN NAMA & BILANGAN TETAMU
Ini penting dalam menentukan berapa bilangan tetamu yang sepatutnya dijemput. Dan juga untuk menentukan berapa bilangan pax yang perlu ditempah dengan pihak katering sekiranya anda mengambil khidmat katering dalam menyediakan makanan kepada tetamu ke majlis perkahwinan anda.
Anda harus tahu bagaimana cara mengira bilangan tetamu ke majlis perkahwinan anda.
11) TEMPAH KAD KAHWIN
Tempah atau cetak sendiri kad jemputan anda. Perkara ini digalakkan untuk dibuat awal. Proses mereka sesebuah kad agak mengambil masa kerana perkara iniperlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.
12) TEMPAH PELAMIN IDAMAN ANDA
Pilihan pelamin adalah mengikut pilihan tema dan warna yang telah anda tetapkan semasa perbincangan dengan pihak wedding planner.
Tempahan perlu dibuat awal agar tidak berlaku kelam kabut jika anda tempah last minute.
13) TEMPAH JURUSOLEK @ MAK ANDAM
Dah ada pelamin yang cantik, tapi make up biasa-biasa saja. Memang adalah yang mengata nanti.
Jadi tempahlah awal jurusolek yang mempunyai reputasi baik dalam industri ini. Selalunya yang femes ini kebanyakkan telah ditempah awal.
14) TEMPAHAN KATERING
Pastikan anda sekeluarga telah melakukan ‘food tasting‘ sebelum membuat tempahan kepada pihak katering. Ini bagi memastikan anda berpuashati dengan rasa makanan yang anda hidangkan kepada tetamu masa majlis perkahwinan anda nanti.
Dan selalunya pihak katering ada menyediakan pakej sekali dengan peralatan katering dan peralatan kanopi/dewan.
Okay, persediaan perlu dibuat awal agar segala perancangan yang anda ingin di dalam majlis perkahwinan anda dapat direalisasikan.
Moga segala urusan semua bakal-bakal raja sehari dipermudahkan dan semua berjalan lancar. Selamat Menempuhi Hidup Baru untuk bakal raja sehari semua
Berikut adalah senarai ringkas tips & checklist persiapan majlis perkahwinan:
- Tetapkan Bajet: Tentukan jumlah perbelanjaan keseluruhan dan agihkan dana dengan sewajarnya.
- Buat Garis Masa: Susun semua tugas dengan jadual sehingga hari perkahwinan.
- Pilih Lokasi Yang Sesuai: Pilih lokasi yang sesuai dengan tema, bajet, dan jumlah tetamu.
- Senarai Tetamu: Utamakan tetamu untuk memastikan anda menjemput orang yang paling penting dalam had bajet.
- Upah Perancang Perkahwinan: Pertimbangkan untuk mengupah perancang perkahwinan jika bajet membenarkan.
- Tema Perkahwinan: Tentukan tema atau skema warna dari awal.
- Tempahan Servis: Tempah pelengkap majlis anda awal, termasuk katerer, jurugambar, dan emcee/ DJ dll.
- Pakaian Pengantin: Mulakan mencari pakaian anda awal untuk menampung sebarang pengubahsuaian.
- Undangan: Hantar ‘save-the-dates’ dan jemputan rasmi tepat pada waktunya.
- Perancangan Menu: Sediakan menu yang mengambil kira pelbagai keperluan diet dan alergi.
- Fotografi: Senaraikan gambar yang wajib diambil dan bincangkan dengan jurugambar anda.
- Rancangan outdoor: Rancang lokasi dan suasana outdoor.
- Checklist Perkahwinan: Sediakan checklist perkahwinan yang mengikut keperluan dan keutamaan anda.
- Sentuhan Peribadi: Masukkan elemen peribadi yang mencerminkan hubungan anda.
- Delegasi: Agih tugas antara rakan atau keluarga.
- Kesihatan & Kecantikan: Rancang rawatan kecantikan dan kesihatan supaya tampil berseri.
- Koordinator Hari Perkahwinan: Pastikan ada seseorang yang bertanggungjawab pada hari perkahwinan untuk mengurus sebarang isu.
- Relaks: Tenang dan ikut perancangan yang sudah ditetapkan.
Anda boleh menempah pakej perkahwinan dengan kami. Kami akan bantu melancarkan majlis istimewa anda.
Kami menawarkan pelbagai pakej lengkap untuk memudahkan urusan majlis perkahwinan anda.
Tempah pakej Magica Hall Setia Alam
Tempah pakej kahwin Dewan Tengku Zara
Tempah pakej Catering KL