Merancang sesebuah majlis bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi sekiranya majlis tersebut merupakan majlis untuk menyambut sesuatu yang istimewa bagi yang tersayang. Sebagai contoh, majlis hari jadi.

Walaupun seringkali dianggap sebagai sesuatu yang tidak begitu penting, namun bagi sesetengah orang ianya sangat memberikan memori yang cukup manis. Terutamanya untuk anak-anak kecil anda, pastinya anda tidak ingin melepaskan peluang untuk menyambut setiap kali ulang tahun kelahiran mereka.

Masa yang berlalu tidak akan datang kembali, jadi jangan lepaskan setiap saat bernilai sewaktu si kecil anda sedang membesar. Pastinya ia akan menjadi di antara kenangan terindah buat dirinya dan juga keluarga tersayang.

Selain anak-anak, majlis hari jadi juga sesuai dilakukan untuk ibu bapa, pasangan anda, dan sahabat handai. Mereka akan rasa lebih disayangi dan dihargai sungguhpun majlis tersebut bukanlah sesuatu yang besar.

Bagi membantu anda, di sini kami akan sertakan 5 tips penting untuk merancang sebuah majlis hari jadi yang sempurna!

  1. Pilih tema yang menarik dan sesuaiSebuah majlis yang mempunyai tema tersendiri akan memberikan rasa istimewa bagi setiap tetamu yang hadir. Tetapi harus diingat, jangan memilih tema yang terlalu rumit! Elakkan memilih tema yang akan menyusahkan tetamu anda.Cara terbaik untuk memastikan semua tetamu hadir tanpa merasa tersisih, ataupun hadir dengan tidak mengikuti tema adalah dengan memilih tema yang sudah sedia ada di dalam almari mereka. Sebagai contoh, pilih tema yang hanya memerlukan warna yang sama, dan bukan kostum spesifik tertentu.

    Apa pun tema yang anda pilih, pastikan tema tersebut selari dengan dekorasi majlis, makanan mahupun aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam majlis.

  2. Kongsikan butiran majlis andaPara tetamu pastinya akan lebih gembira sekiranya mereka lebih bersedia sebelum hadir ke majlis. Sebaiknya, maklumkan kepada tetamu yang akan hadir ke majlis tersebut perkara-perkara penting yang perlu mereka ketahui. Anda hanya perlu maklumkan kesemuanya sewaktu proses menjemput tetamu anda, tidak kiralah melalui kad jemputan, mahupun jemputan secara ‘online’.Sesebuah majlis akan berjalan dengan lebih lancar sekiranya para tetamu mengetahui pergerakan majlis dan aktivit-aktiviti yang akan dilakukan pada majlis tersebut.

    Cara jemputan yang terbaik adalah dengan menyertakan maklumat penting seperti tarikh dan masa, pakaian yang sesuai, dan sedikit maklumat mengenai makanan yang akan dihidangkan. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mengadakan aktiviti sukaneka sewaktu majlis tersebut berlangsung, dengan adanya butiran majlis, anda dapat mengelakkan situasi di mana adanya tetamu yang berlari sambil memakai dress atau jika anda menganjurkan majlis dengan tema moden, anda dapat mengelakkan tetamu untuk hadir dengan berpakaian sukan.

  3. Anjurkan aktiviti yang sesuaiSebuah majlis hari jadi pastinya tidak akan meriah sekiranya tidak disertakan sekali dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Tetapi ingat, pastikan anda menganjurkan aktiviti yang sesuai dengan tema anda.Sekiranya anda menyambut majlis hari jadi untuk si kecil anda dan mempunyai ramai tetamu kanak-kanak, sudah tentu mereka akan cepat merasa bosan jika tiada sebarang aktiviti. Jadi, untuk mengelakkan daripada perkara itu berlaku, anda perlu memperbanyakkan aktiviti permainan yang menarik dan menyeronokkan seperti sukaneka, mandi kolam, sand art dan fun bubbles.

    Untuk pengetahuan anda, walaupun berurusan dengan kanak-kanak adalah menyeronokkan akan tetapi pada masa yang sama ia sangat memerlukan kesabaran dan kreativiti. Ini kerana, imaginasi kanak-kanak tidak sama dengan imaginasi kita.  Cuba selami fikiran mereka sebelum menganjurkan aktiviti, barulah majlis akan lebih happening!

  4. Rancang bajet andaWalaupun anda begitu teruja untuk menyambut hari istimewa untuk yang tersayang, sudah tentu anda tidak ingin berlaku pembaziran di dalam majlis tersebut. Untuk itu, anda perlu merancang bajet anda dengan sebaiknya.Untuk merancang bajet majlis, anda boleh mulakan dengan memilih tempat yang sesuai dengan harga yang berpatutan. Untuk menjimatkan lagi kos, anda boleh membuat majlis di rumah sahaja. Walaupun kos efektif, tetapi ia agak memenatkan kerana anda perlu mengemas sebelum dan selepas majlis.

    Seterusnya, senaraikan berapa ramai tetamu yang akan hadir. Ini penting untuk mengelakkan pembaziran ketika anda ingin menyediakan makanan untuk tetamu. Pastikan anda catatkan senarai ini di buku nota. Selepas mereka confirm untuk hadir, baru lah anda dapat menganggarkan jumlah tetamu yang akan hadir.

  5. Rancang menu anda dengan Amimy KitchenBuat ibu bapa yang bekerja, anda pasti berasa susah hati, macam mana anda nak merancang menu dan menyediakan juadah untuk majlis hari jadi si kecil anda. Jangan risau, kami ada untuk membantu!Untuk memudahkan lagi rancangan sambutan majlis hari jadi, anda boleh merancang menu anda dengan kami di Amimy Kitchen. Kami menyediakan pelbagai juadah tradisional dan moden untuk disesuaikan dengan majlis istimewa anda.

    Sekiranya anda ingin mengadakan majlis hari jadi pada waktu petang, kami ada menyediakan makanan ringan seperti Mee/Bihun Sup, Bihun Goreng Singapore, Mee Kari, Laksa Johor, Soto Ayam Begedil, Roti Jala, dan Spaghetti Bolognese/Carbonara/Aglio Olio.

    Jika anda mengadakan majlis pada waktu tengah hari atau malam, sudah tentu anda perlu menyediakan makanan makanan berat. Oleh itu, kami ada menyediakan pelbagai juadah masakan melayu seperti Nasi Putih, Nasi Minyak, Nasi Bryani, Nasi Hujan Panas, Nasi Tomato dan Nasi ayam.

    Untuk lauk pula, anda boleh memilih pelbagai jenis lauk pauk seperti ayam Masak Merah + Acar Jelantah, Dalca, Ayam Sambal Bali, Kari Tetel, Rendang Ayam/Daging, dan Daging goreng kunyit.

    Pasti ada di antara kita yang menginginkan kelainan untuk menu majlis hari jadi. Justeru itu, kami juga menyediakan makanan barat/western seperti Popcorn Chicken, Chicken chop with gravy, Potato salad, Coleslaw, Wedges / fries dan Spaghetti.

    Kini anda tidak perlu risau untuk merancang menu majlis hari jadi anda. Anda hanya perlu hubungi kami dan kami akan membantu menyediakan menu dan menghantar terus ke lokasi majlis anda. Katering kami beroperasi di Shah Alam dan menyediakan servis ke seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. Tunggu apa lagi, terus layari ke Amimy Kitchen & Catering | Lunchbox & Catering Provider untuk maklumat lanjut!