Menganjurkan sesebuah majlis seperti majlis perkahwinan, hari jadi, reunion bersama kawan lama, jamuan akhir tahun mahupun majlis doa selamat merupakan sesuatu yang sangat menyeronokkan. Tetapi tiada siapa yang dapat menafikan bahawa ianya adalah sangat memenatkan! Anda perlu memikirkan tentang tempat yang sesuai, tentatif perjalanan majlis, dan yang paling utama, makanan yang dihidangkan perlulah sedap! Terdapat senarai panjang “to-do list” yang anda perlu fikirkan, dan proses tersebut pastinya akan membuat anda pening kepala!

Dengan memberikan sebahagian daripada tugas tersebut kepada pihak lain akan memberikan kelegaan kepada pihak tuan rumah. Tidak kiralah apa jenis majlis sekalipun, anda boleh memikirkan untuk menyerahkan tugasan penyediaan makanan kepada pihak catering. Sekiranya anda berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, hubungi sahaja kami di Amimy Kitchen!

Proses penyediaan makanan bagi jumlah yang besar mungkin sesuatu yang merunsingkan untuk anda, tetapi tidak bagi kami. Bagi kami, majlis sepatutnya adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menggembirakan – kedua-duanya pada hari sebelum dan hari berlangsungnya majlis. Sebahagian besar yang perlu difikirkan adalah makanan – berapa orang yang akan hadir ke majlis tersebut, makanan apa yang sesuai, menyediakan hidangan sebaiknya, cara hidangan yang terbaik untuk para tetamu dan proses untuk membersihkan tempat selepas kepulangan tetamu. Kerja yang banyak perlu dilakukan, bukan? Tetapi bagi kami, ianya adalah sesuatu yang menyeronokkan! Kami akan kongsikan 5 sebab utama mengapa anda perlu mempertimbangkan kami untuk membantu anda untuk majlis anda yang seterusnya.

  1. Anda tidak perlu ‘stress’

Seperti yang dikatakan di atas, menguruskan sesebuah majlis memerlukan banyak masa dan tenaga. Daripada proses untuk menjemput tetamu, kepada mendekorasi tempat kepada menyediakan makanan – terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan sebaiknya bagi membuatkan sesebuah majlis itu indah dan diingati oleh para tetamu. Dengan memberikan satu tugasan besar kepada pihak catering, iaitu penyediaan makanan, anda tidak perlu lagi stress tentang satu aspek besar dan hanya perlu fokus kepada tugasan lain.

  1. Menjimatkan masa

Dengan mengambil catering bagi membantu anda, anda tidak lagi perlu memikirkan tentang masakan. Memikirkan apa yang hendak dimasak, pergi membeli bahan basah dengan banyak, proses memasak selama berjam-jam, menyediakan dan menghidangkan makanan kepada para tetamu. Bayangkan berapa banyak masa yang dapat anda jimatkan? Dalam menguruskan sesebuah majlis, masa adalah sangat berharga. Pastinya anda tidak mahu tetamu anda dibiarkan menunggu dalam keadaan kelaparan, bukan?

  1. Menawarkan menu yang pelbagai

Anda tidak pasti masakan apa yang hendak dihidangkan kepada para tetamu? Anda tidak pasti cara penyediaan yang terbaik? Dengan memilih kami untuk membantu anda, soalan ini dapat dijawab dengan mudah. Kami akan duduk berbincang bersama anda dan menawarkan menu yang bersesuaian dengan majlis dan tetamu anda.

  1. Mementingkan setiap perincian

Sebagai catering pilihan anda, kami sangat mementingkan cara penyediaan dan hidangan masakan bagi tetamu anda. Semuanya dilakukan bagi menakjubkan tetamu anda. Tetamu anda adalah tetamu kami, maka pastinya kami akan lakukan segalanya yang terbaik bagi mereka. Kami mempunyai kemahiran, pengalaman dan semangat untuk menjadikan apa yang anda inginkan pada majlis tersebut menjadi realiti. Kami juga boleh beroperasi pada mana-mana jenis venue dan suasana untuk memastikan semuanya kelihatan sempurna.

  1. Meninggalkan memori terbaik bagi para tetamu

Apabila meninggalkan sesuatu majlis, di antara perkara utama yang akan memberikan good impression kepada para tetamu adalah makanan yang hebat. Tiak kiralah apa sahaja jenis majlis tersebut, rasa hidangan dengan jumlah yang mencukupi dan cara hidangan pastinya akan meninggalkan memeori indah kepada setiap yang dating pada majlis tersebut.

Di Amimy Kitchen, kami menawarkan pelbagai jenis hidangan untuk memenuhi cita rasa anda. Tidak kiralah masakan kampung mahupun masakan barat, kami akan memberikan yang terbaik bagi para tetamu yang hadir. Di antara hidangan kami yang sentiasa menjadi pilihan adalah Nasi Briyani.

Hidangan Lazat Nasi Briyani, Daripada Parsi Ke Pinggan Anda!

Apabila disebut sahaja Nasi Briyani, pasti anda akan terbayangkan keharuman aroma hidangan lazat tersebut. Wangian rempah ratus pada nasi yang masih lagi panas berserta dengan lauk yang sangat menyelerakan, oh sedapnya! Pasti anda tidak akan menolak sekiranya ia ada di depan mata!

Meskipun begitu, seperti mana enaknya rasa masakan tersebut, masakan ini juga mempunyai sejarah asal usul yang menarik untuk diketahui.

Asal usul Nasi Briyani

Masyarakat di Malaysia pastinya mengenali Nasi Briyani. Lazimnya dihidangkan pada majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, rumah terbuka mahupun majlis doa selamat, masakan ini sudah sebati dengan jiwa dan menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia.

Secara asasnya Nasi Briyani adalah Nasi Basmati yang dimasak bersama bahan bahan seperti  minyak sapi, buah pala, cokmar, lada, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis, daun salam, ketumbar, daun pudina, halia, bawang, dan bawang putih. Dipadankan pula bersama lauk utama seperti gulai kambing, ayam goreng berempah, ayam masak merah atau pelbagai lagi jenis lauk lain mengikut cita rasa masing-masing, fuh memang menyelerakan!

Bukan hanya di Malaysia, Nasi Briyani sebenarnya adalah masakan yang terkenal hampir di seluruh dunia, terutamanya di India dan Pakistan. Namun tahukah anda sebenarnya hidangan lazat ini berasal daripada Parsi?

Nama Briyani juga sebenarnya adalah daripada perkataan Parsi, “Birian” yang bermaksud digoreng sebelum dimasak, dan “Birinj” yang bermaksud nasi. Kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa hidangan ini berasal daripada Parsi dan dibawa ke India sewaktu pemerintahan Kesultanan Mughal, dan menjadi masakan penting di dapur diraja Mughal pada waktu itu.

Terdapat banyak lagenda yang berkaitan rapat dengan Nasi Briyani. Salah satu yang popular adalah bagaimana ianya mula dihidangkan kepada rakyat biasa.

Taj Mahal lambang cinta Shah Jahan, Nasi Briyani lambang cinta Mumtaz

Anda pastinya pernah mendengar nama Shah Jahan dan juga Mumtaz Khan, bukan? Namun kali ini ianya bukanlah mengenai bagaimana romantisnya kisah percintaan mereka sehingga terbinanya Taj Mahal yang tersergam begitu indah sehingga kini, ianya adalah berkaitan dengan Nasi Briyani!

Sekiranya Taj Mahal itu adalah lambang cintanya kepada Mumtaz, Nasi Briyani adalah lambang cinta Mumtaz Khan kepada rakyatnya.

Mumtaz Khan, isteri kepada Sultan kerajaan Mughal pada waktu itu, Shah Jahan pasa suatu hari telah melawat tempat tinggal tentera Kesultanan Mughal pada waktu itu. Mumtaz Khan mendapati bahawa kebanyakan daripada tentera yang dilihat tidak mendapat makanan yang mencukupi untuk memberikan tenaga.

Baginda kemudiaannya mengarahkan supaya tukang masak pada waktu itu untuk menyediakan hidangan yang terdiri daripada daging dan nasi. Nasi tersebut pula dimasak bersama dengan rempah ratus dan saffron, menggunakan arang kayu.

Lagenda lain pula yang menceritakan tentang bagaimana masakan tersebut boleh sampai ke India adalah melalui penakluk daripada empayar Turk-Mongol, Timur pada tahun 1398. Disebabkan oleh penaklukan tersebut, masakan yang berasal daripada Parsi itu akhirnya tiba di India.

Terdapat juga ramai pemerintah di India yang sememangnya terkenal dengan kecintaan mereka terhadap masakan tersebut, seperti Nizam-Nizam daripada Hyderabad dan Nawab-Nawab daripada Lucknow.

Dengan berkembangnya masakan ini di India, maka Nasi Briyani mula sampai di Tanah Melayu dan kini menjadi kegemaran kebanyakan penduduk di Malaysia.

Sekarang pastinya anda sudah terbayangkan aroma keenakan Nasi Briyani, bukan? Apa tunggu lagi, anda cuma perlu hubungi Amimy Kitchen untuk melakukan pesanan! Amimy Kitchen menyediakan hidangan Nasi Briyani yang sangat menyelerakan untuk majlis istimewa anda!

Tidak kiralah ianya majlis perkahwinan, korporat, hari jadi, berbuka puasa, rumah terbuka, doa selamat dan sebagainya, kami bersedia melakukan yang terbaik untuk anda.

Amimy Kitchen menyediakan servis catering di Shah Alam, dan bersedia menawarkan khidmat di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. Jangan bimbang sekiranya anda hanya memerlukan jumlah yang kecil bagi majlis anda. Di Amimy Kitchen, kami menerima tempahan dengan kuantiti serendah 50 orang.

Dengan kualiti yang terjamin dan harga yang begitu murah dan berpatutan, anda pasti tidak akan menyesal sekiranya memilih kami sebagai catering pilihan anda. Kami Menyediakan Perkhidmatan catering Shah Alam, Subang, Petaling Jaya & KL.